Bersatu hati takbath 12,600 bhikkhu di Kota Bangkok, Thailand pada 8 Mei 2011 sempena Hari Wesak pada 17 Mei ini di samping memberi semangat kepada penganut agama Buddha di 4 Wilayah Selatan yang diancam keganasan ekstremis.Amalan mulia penganut agama Buddha memulakan hari baru dengan takbath bhikkhu setiap pagi. Amalan ini bertujuan mencari kebaikan untuk diri, ahli keluarga dan masyarakat. Penganut agama Buddha percaya takbath merupakan salah satu jalan datangnya bun-barami. Bun merupakan sesuatu yang berada di belakang kebahagiaan, keharmonian dan kejayaan hidup. Oleh itu, thambun bukan sekadar membuat kebajikan, tetapi lebih daripada itu, iaitu mengharapkan hasil bun.
Buddha mengajar kita membuat kebaikan jangan mengharapkan pembalasan, sedangkan kita thambun mengharapkan hasil bun. Adakah kita menongkah arus ajaran Buddha?
Buddha melarang kita membuat baik mengharapkan pembalasan kerana takut kita kecewa apabila pembalasan yang kita harapkan itu tidak menjadi kenyataan. Lagipun pembalasan yang kita harapkan biasanya berbentuk material, contohnya berbuat baik mahu jadi kaya. Sedangkan hasil bun itu tidak semestinya berbentuk material, mungkin dalam bentuk rohaniah iaitu jalan ke arah Samadhi dan Panya. Lagipun, Buddha tidak mahu kita melekat (upadana) kepada hasil bun.
(Empat upadana yang menjadi punca Dukkha ialah: 1. kamupadana; 2. ditthupadana; 3. silabbatupadana; dan 4. attavadupadana).
Hakikatnya setiap perbuatan akan ada pembalasannya dalam bentuk Karma yang mungkin dalam kehidupan hari ini atau hari depan. Oleh itu, kita tidak perlu mengharapkan pembalasan apabila membuat kebaikan kerana hasil kebaikan tersebut akan kita perolehi juga sama ada kehidupan sekarang atau kehidupan akan datang.
Pusingan Karma tidak lengkap dalam satu kehidupan sahaja, malahan mungkin akan melalui beberapa kehidupan. Bun yang kita buat, sama ada diharapkan hasilnya atau tidak, ia tetap akan memberikan hasil apabila tiba masanya.
0 comments:
Post a Comment