Buddhism merupakan agama yang bersandarkan pemikiran bukan kepercayaan. Maksudnya kita mesti berfikir dahulu sebelu percaya kepada sesuatu. Dalam Kalama Sutra disenaraikan 10 perkara (rujuk Kalama Sutra dalam blog ini) yang tidak harus dipercayai mentah-mentah tanpa memikirkannya secara mendalam atau mempraktiskannya terlebih dahulu. Berlandaskan Kalama Sutra ternyatalah bahawa penganut agama Buddha dalam semua keadaan mesti meletakkan kebijaksanaan (panna) di tempat utama.
Kerana kebijaksanaan menjadi pengutamaan, maka tidak ada unsur-unsur paksaan daripada sesiapa di dalam Buddhism sebagaimana yang dilakukan di dalam sesetengah agama lain. Walau bagaimanapun perkara ini tidak bermakna penganut agama Buddha boleh melakukan sesuatu perkara dengan bebas, atau sesuka hati. Malangnya ramai orang tersalah anggapan bahawa agama Buddha membenarkan penganutnya melakukan sesuatu secara bebas. Bukan begitu. Walaupun tiada paksaan, tetapi tiada kebebasan dalam pemikiran, pertuturan dan perbuatan. Semua perkara mesti dilakukan di dalam batasan-batasannya. Perkara ini harus difahami betul-betul.
Mereka yang keliru ini apabila ditegur akan memberi alasan bahawa ada kebebasan dalam agama Buddha. Baik atau jahat sendiri buat, sendiri yang tanggung. Misalnya, orang yang mabuk, atau berjudi apabila ditegur, mereka akan mengatakan tiada paksaan dalam agama Buddha. Oleh itu mereka boleh berbuat sesuka hati. Mereka silap. Kebebasan bodoh itu kebebasan rekaan mereka sendiri. Hakikatnya, ajaran Buddha ada mengatakan bahawa tiada sesiapa yang boleh melakukan sesuatu perkara sesuka hati.
Penganut agama Buddha mempunyai batasan tertentu dalam kehidupan mereka. Sekiranya melanggar batasan tersebut dikira melakukan kesalahan. Bhikkhu ada Sila 227 yang mesti dipatuhi. Empat Perkara Utama (Parijika), sekiranya dilanggar akan terputus daripada alam Bhikkhu. Maksudnya seseorang Bhikkhu yang melakukan kesalahan Parajika dengan sendiri terputus daripada alam Bhikkhu, oleh itu dia tidak layak menjalani kehidupan sebagai Bhikkhu lagi. Ini menunjukkan tiada kebebasan di dalam Buddhism.
Penganut agama Buddha terdiri daripada 4 golongan utama iaitu Bhikkhu, Bhikkhuni, Upasaka dan Upasika. Upasaka (lelaki) dan Upasika (wanita) mesti mempunyai Panca-Sila. Sekiranya mereka melanggar Panca-Sila, mereka tidak layak dipanggil Upasaka atau Upasika. Empat golongan ini merupakan pewaris ajaran Buddha. Buddha sendiri yang menamakan pewaris ajarannya ini. Oleh itu, empat golongan ini bakal menentukan agama Buddha kekal lama dan terpelihara kesuciannya. Panca-Sila merupakan batasan yang harus dipatuhi penganut agama Buddha sekiranya mereka mahu menjadi pewaris ajaran Buddha.
Satu lagi contoh yang menunjukkan bahawa penganut agama Buddha tiada kebebasan sesuka hati ialah Hukum 6 Kesalahan Berat, iaitu:
membunuh ibu,
membunuh bapa,
membunuh Phra Arahant,
mencederakan Buddha,
memecah-belahkan Sangha (Persaudaraan Bhikkhu)
menganut agama lain.
6 perkara di atas tidak patut dilakukan oleh penganut agama Buddha. Sekiranya diamati betul-betul kita dapat lihat bahawa 6 kesalahan besar merupakan laluan yang memaksa seseorang tidak layak menjadi "persaudaraan agama Buddha".
Walaupun tiada paksaan daripada sesiapa, sekiranya kita tidak melakukan kebaikan, kita tidak akan menerima Karma baik (Kusala Kamma) . Manakala kejahatan ringan yang tidak ada undang-undang negara untuk menghukum kita, tetapi kita tetap tidak terlepas daripada hukuman Karma.
Sekiranya kita perhalusi dengan minda yang terbuka, konsep "paksaan" adakala diperlukan. Bukan orang lain memaksa kita, tetapi kita sendiri yang harus "memaksa" diri kita melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kotoran (kilesa) mesti menggunakan "paksaan" untuk menjinakkanya. Misalnya, sewaktu kita duduk meditasi, kita berasa lenguh sana, sakit sini yang sebenarnya adalah gangguan kilesa. Sekiranya kita memaksa diri, terus bermeditasi sehingga melepasi detik-detik mencabar itu, kita akan berasa selesa. Itulah yang saya maksudkan "paksaan" adakala diperlukan tetapi harus disertai dengan kebijaksanaan.
Saturday, July 26, 2008
Wednesday, July 23, 2008
Arahant Pergi Mana Selepas Nibbana?
Soalan: Orang biasa, selepas mati akan lahir ke alam tertentu bergantung kepada karma. Bagaimana dengan Arahant yang sudah kehabisan karma, selepas mati akan pergi ke mana?
Buddha: Dengar sini, Vajjha. Ungkapan "akan lahir" atau "tidak lahir" atau "lahir pun ada, tak lahir pun ada" atau "lahir pun bukan, tak lahir pun bukan" tidak patut digunakan kepada Arahant.
Perkara ini terlalu mendalam dan sukar difahami kerana ia terlalu halus dan rumit. Pemikiran logik biasa tidak mungkin dapat memahami kebenarannya. Mereka yang mempunyai pandangan yang lain, kepercayaan yang lain, daya usaha yang lain dan berada dalam jagaan guru yang lain (selain Buddha), sukar untuk mengetahui kebenarannya.
Vajjha: Begitulah!
Buddha: Oh, Vajjha! Sekiranya terdapat api menyala di depan anda, adakah anda sedar bahawa api sedang menyala di depan anda?
Vajjha: Saya sedar, saya sedar bahawa api sedang menyala di depan saya!
Buddha: Api yang menyala di depan anda bergantung kepada apa untuk menyala? Sekiranya anda ditanya begini, apakah jawapan anda?
Vajjha: Sekiranya saya ditanya begini, saya akan mengatakan api menyala bergantung kepada umpan api iaitu rumput atau kayu kering.
Buddha:Sekiranya api itu padam di depan anda, adakah anda sedar api telah padam di depan anda?
Vajjha: Saya sedar bahawa api telah padam di depan saya.
Buddha: Api yang padam di depan anda pergi ke arah mana? Sekiranya anda ditanya begini, apakah jawapan anda?
Vajjha: Pertanyaan ini tidak patut, tidak sesuai ditanya. Api menyala kerana ada umpan api iaitu rumput atau kayu kering. Sekarang rumput dan kayu kering sudah habis, maka api pun padam. Umpan yang lain tiada lagi, sebab itu api padam habis!
Buddha: Begitulah Vajjha. Manusia dipanggil (dikenali) sebagai manusia berasaskan panca-khanda iaitu rupa, vedana, sanna, sankhara, vinnana. Tathagata telah meninggalkan semuanya, dan tiada kewujudan lagi. Tathagata telah bebas daripada panggilan berasaskan panca-khanda iaitu rupa, vedana, sanna, sakhara, vinnana.
Perkara ini (Arahant) sangat mendalam umpama dasar lautan yang sukar diduga dan rumit untuk difahami minda biasa. Oleh itu, ia tidak patut dikatakan bahawa ia "akan lahir", "tidak lahir", "lahir pun ada, tak lahir pun ada" atau "lahir pun bukan, tak lahir pun bukan".

Elakkan Pertelingkahan Sesama Manusia
Soalan: Mereka yang belum mengetahui kebenaran pasti mempunyai pandangan yang berbeza-beza sehingga berlakunya perbahasan dan pertelingkahan demi mempertahankan pandangan masing-masing. Siapakah yang tidak berbahas dan bertelingkah dengan orang lain?
Jawapan: Vedana 3 jenis iaitu sukha vedana (perasaan bahagia), dukkha vedana (perasaan sengsara) dan adukkha-m-asukha vedana (perasaan tak bahagia, tak sengsara).
Sewaktu seseorang mengalami sukha vedana, ketika itu dia tak mengalami dukkha vedana atau adukkha-m-asukha vedana; Dia hanya mengalami sukha vedana sahaja.
Sewaktu seseorang mengalami dukkha vedana, ketika itu dia tak mengalami sukha vedana atau adukkha-m-asukha vedana; Dia hanya mengalami dukkha vedana sahaja.
Sewaktu seseorang mengalami adukkha-m-asukha vedana, ketika itu dia tak mengalami sukha vedana atau dukkha vedana; Dia hanya mengalami adukkha-m-asukha vedana sahaja.
Sukha vedana ... dukkha vedana ... adukkha-m-asukha vedana tidak kekal kerana ia terhasil daripada gabungan elemen-elemen (fikiran) tertentu yang tidak abadi. Oleh itu, ia akan berubah, pudar, padam dan hilang; itulah hukum kelaziman semua benda yang terhasil daripada gabungan elemen-elemen.
Ariya Savaka yang melihat kebenaran ini, tentu akan berasa bosan terhadap sukha vedana, dukkha vedana dan adukkha-m-asukha vedana. Setelah berasa bosan, dia dengan sendiri akan melepaskan keinginan terhadap vedana; dia akan bebas dan sedar dengan kebijakan yang tinggi bahawa kehidupannya kini telah berakhir (tiada kelahiran baru bagi dirinya), pengamalan mulianya sudah tamat(brahma-cariya), tugas penting telah selesai dan tiada tugas lain yang lebih penting daripada tugas ini (membebaskan minda daripada vedana) yang harus dilaksanakan.
Bhikkhu atau orang biasa yang mendapat kebebasan minda seperti di atas, tidak akan berbahas atau bertelingkah atau berbalah dengan sesiapa. Dalam percakapan harian, dia hanya bercakap mengikut kelaziman percakapan dunia semata-mata. Dia tidak akan terpengaruh atau dipengaruhi dengan percakapan tersebut.
Kesimpulannya, mereka yang telah mencapai kebebasan minda sahaja yang tidak akan berbahas atau bertelingkah pendapat dengan orang lain kerana dia telah mengetahui hakikat kehidupan dengan kebijakan yang tinggi. Segala benda di dunia tidak kekal abadi, termasuklah kebahagiaan dan kesengsaraan. Hari ini kita kebahagiaan, esok lusa mungkin kita kesengsaraan. Akibat melekat kepada vedana, kehidupan manusia menjadi tidak menentu. Oleh itu, bebaskan minda daripada segala vedana adalah kebebasan yang sejati.

Cara Menghadapi Kemarahan
Soalan: Sekiranya kita dicemuhi atau dimarahi, bagaimana cara kita menghadapinya?
Percakapan (perkataan) yang orang lain akan perkatakan kepada kita, ada 5 jenis:
(1) Percakapan yang sesuai atau tidak sesuai dengan masa dan keadaan,
(2) Percakapan yang benar atau yang bohong,
(3) Percakapan yang halus atau yang kasar,
(4) Percakapan berfaedah atau tidak berfaedah,
(5) Percakapan yang disertai belas kasihan (kasih sayang) atau disertai kemarahan (kebencian).
Tidak mengira orang lain menggunakan percakapan jenis mana sekalipun, hati kita tidak boleh terpengaruh dengan percakapan tersebut. Kita mesti bersabar. Kita tidak boleh membalas dengan kata-kata yang kasar. Kita mesti ada belas kasihan, ada kasih sayang tanpa batasan, tiada kemarahan dan tiada dendam. Inilah pendekatan Buddha.
Kesimpulannya, penganut agama Buddha tidak boleh bertindak balas terhadap percakapan orang lain (walaupun kita dimarahi) dengan perasaan marah, benci atau dendam. Kita mesti menyemaikan kasih sayang tanpa sempadan setiap masa.

Tuesday, July 22, 2008
Amalan Bhikkhu Yang Betul
Soalan: Bagaimanakah amalan Bhikkhu dalam agama Buddha yang dikatakan amalan yang betul?
Buddha: Oh, Bhikkhu! Seekor Kaldai yang mengekori sekumpulan lembu sambil menjerit bahawa "aku adalah lembu, aku adalah lembu!" tetapi warnanya, suaranya dan bekas tapak kakinya tidak sama dengan lembu. Dia sekadar mampu menjerit bahawa "aku adalah lembu, aku adalah lembu" sahaja. (Dia bukan lembu dan tak mungkin jadi lembu).
Begitu juga dengan Bhikkhu. Sesetengah Bhikkhu berkelakuan seperti kaldai tersebut. Dia berjalan mengikut para Bhikkhu lain sambil berkata "aku pun Bhikkhu, aku pun Bhikkhu" tetapi Sila, Samadhi dan Panna tidak sama dengan para Bhikkhu lain. Dia sekadar berjalan mengikut para Bhikkhu lain sambil berkata "aku pun Bhikkhu, aku pun bhikkhu" sahaja. (Dia bukan Bhikkhu kerana amalannya tiada).
Oleh itu, para Bhikkhu semua harus memahami bahawa semua Bhikkhu mesti mengamalkan Sila, Samadhi dan Panna dengan tekun. (Sila, Samadhi dan Panna tahap Ariya)

Siapa Pencipta?
Soalan: Segala kesengsaraan, bermula dari Avijja sebagai punca sehinggalah kepada Jati, Jara dan Marana, siapa yang mencipta dan menentukannya?
Buddha: Oh Bhikkhu semua,
kerana Jati sebagai punca maka ada Jara dan Marana;
kerana Bhava sebagai punca maka ada Jati;
kerana Upadana sebagai punca maka ada Bhava;
kerana Tanha sebagai punca maka ada Upadana;
kerana Vedana sebagai punca maka ada Tanha;
kerana Phassa sebagai punca maka ada Vedana;
kerana Salayatana sebagai punca maka ada Phassa;
kerana Nama-rupa sebagai punca maka ada Salayatana;
kerana Vinnan sebagai punca maka ada Nama-rupa;
kerana Sankhara sebagai punca maka ada Vinnan;
kerana Avijja sebagai punca maka ada Sankhara.
Sama ada Tathagata wujud atau tidak, elemen asas itu (peraturan alam) adalah kelaziman dan ketetapan yang kekal, sebab musabab yang pasti, dan wujud secara semulajadi. Tathagata mendapat Pencerahan Sempurna, mengetahui elemen asas itu dengan jelas dan menceritakan kepada semua orang.
(Paccaya-Sutta)

Siapa Menanggung Dukkha?
Soalan: Ajela Kassapa Paripajaka bertanya kepada Buddha sama ada (1) Dukkha (kesengsaraan) dilakukan sendiri, atau dilakukan orang lain; atau (2) dilakukan sendiri dan dilakukan orang lain; atau (3) bukan dilakukan sendiri dan juga bukan dilakukan orang lain?
Buddha: Jangan berkata begitu.
Kassapa: Dukkha tidak ada?
Buddha: Dukkha pasti ada. Dengar sini, Kassapa. Apabila ada orang percaya bahawa pelaku dan penerima adalah orang sama (maksudnya Dukkha dilakukan sendiri), maka ini dinamakan sassata ditthi (kepercayaan bahawa semua benda kekal). Apabila seseorang sedang mengalami penderitaan, dia percaya bahawa penerima orang lain dan pelaku orang lain, maka ini dinamakan uccheda ditthi (kepercayaan bahawa semua benda musnah tanpa sebarang sisa).
Dengar sini, Kassapa, Tathagata (Buddha) mengajar Jalan Tengah yang langsung tidak mendekati kedua-dua kepercayaan tersebut (sassata ditthi dan uccheda ditthi). Jalan Tengah adalah begini:
Kerana Avijja sebagai punca maka ada Sankhara,
kerana Sankhara sebagai punca maka ada Vinnan,
kerana Vinnan sebagai punca maka ada Nama-Rupa,
kerana Nama-Rupa sebagai punca maka ada Salayatana,
kerana Salayatana sebagai punca maka ada Phassa,
kerana Phassa sebagai punca maka ada Vedana,
kerana Vedana sebagai punca maka adaTanha,
kerana Tanha sebagai punca maka ada Upadana,
kerana Upadana sebagai punca maka ada Bhava,
kerana Bhava sebagai punca maka ada Jati,
kerana Jati sebagai punca maka ada Jara-Morana ... beginilah kesengsaraan terjadi.
(Ajela Kassapa Sutta)

Wednesday, July 9, 2008
Betulkah Dewa dan Syurga Wujud?
Oleh: Buddhadasa Bhikkhu
Soalan: Dalam Kitab Pali (Tipitaka) ada dinyatakan bahawa dewa (devata) apabila berhajat untuk lahir (sugati), amat berharap dilahirkan ke alam manusia. Kenyataan ini membuktikan bahawa dewa dan syurga itu memang wujud. Sekiranya kita percaya dewa dan syurga memang wujud, adakah kepercayaan itu kelihatan karut dalam zaman moden ini?
Soalan di atas bersandarkan kepada ceramah saya terdahulu iaitu berkenaan dewa yang berhajat untuk lahir tetapi tidak dapat mencari alam yang sesuai, lalu terpaksa mencari alam manusia yang mempunyai Tri-Ratana. Ceramah ini digunakan oleh orang yang mengajukan soalan di atas untuk menunjukkan bahawa Kitab Pali mengakui kewujudan dewa dan syurga?
Saya ingin menjawab bahawa dalam Kitab Pali memang ada diterangkan begitu dan datang dalam ayat yang dilafazkan sendiri oleh Buddha; tetapi hakikatnya ia cuma “teknik pengajaran” semata-mata. Sama ada perkara ini benar atau tidak adalah persoalan lain.
Perkara berkaitan dewa ini termasuk ke dalam konteks yang diajarkan Buddha bahawa “kalau tak nampak sendiri” lebih baik jangan percaya. Sebab itu pernyataan berkaitan kewujudan dewa dan syurga bukan perkara penting. Perkara yang penting ialah makhluk yang mabuk nafsu seperti dewa, tak kira di mana kewujudannya, sukar mempunyai minda yang terang yang mampu memahami cara-cara menghapuskan kesengsaraan atau perkara berkenaan Nirvana.
Oleh itu, apabila terkenangkan diri yang mabuk nafsu di syurga, dewa berasa kasihan kepada diri sendiri. Maka lahir kesedaran di kalangan dewa bahawa syurga bukan tempat yang “selamat”. Oleh itu, dewa harus mencari tempat lain yang tidak menyebabkan mereka terus mabuk nafsu; iaitu tempat yang ada Buddha, Dhamma dan Sangha serta cara-cara menghapuskan kesengsaraan. Dunia yang paling sesuai untuk dilahirkan dan didiami ialah dunia manusia, bukan dunia dewa (syurga). Jadi, perkara penting di sini ialah tempat tinggal yang mudah mencari Buddha, Dhamma dan Sangha atau tempat yang ada cara-cara menghapuskan kesengsaraan.
Saya akan terangkan mengapa istilah dewa atau istilah syurga ada dalam ayat (sutra) yang disampaikan sendiri oleh Buddha seperti yang tertulis di dalam Kitab Tipitaka. Ini kerana di India ketika itu kepercayaan berkenaan dewa, syurga dan neraka begitu meluas. Kepercayaan ini wujud sejak sebelum kelahiran Buddha lagi. Apabila Buddha lahir, kepercayaan ini telah meresap ke tulang hitam masyarakat India. Buddha tidak mahu membuang masa menafikan kepercayaan ini. Lagipun sukar untuk menyakinkan kesahihannya kepada orang yang jahil.
Sebab itu Buddha terpaksa menggunakan istilah sedia ada dalam menyampaikan ajarannya, tetapi dalam masa yang sama mengajarkan perkara yang lebih baik. Pendekatan begini diharapkan agar mereka akan meninggalkan kemelekatan terhadap syurga, neraka, dunia dewa atau dunia phrom dan berpaling kepada perkara yang lebih baik iaitu Lokuttara (bukan duniawi) dan Nirvana. Pendekatan ini tidak perlu membuang masa mengemukakan bukti-bukti untuk menafikan kewujudan dewa dan syurga.
Terdapat di dalam Kitab Tipitaka, Buddha mengatakan bahawa perkara dewa ini ada diperkatakan pada masa itu dengan meluas. Membuang masa sahaja sekiranya mempersoalkan kepercayaan mereka. Buddha pula memerlukan perkara yang lain. Oleh itu, tidak perlu menerangkan tentang neraka, dan syurga yang tidak dapat dibuktikan kesahihannya dengan segera.
Sekiranya seseorang itu mempunyai mukjizat sehingga mampu memaksa orang lain dapat melihat syurga dan neraka; padahal hakikatnya syurga dan neraka itu ada atau tidak belum pasti; tetapi kuasa mukjizat membolehkan orang lain melihat syurga dan neraka dengan pasti, malah Buddha pun mampu menggunakan mukjizat tetapi beliau tidak berhajat berbuat begitu.
Sebaliknya, beliau suruh orang membuat sedekah (dana), dan menjaga Sila (moraliti) agar mendapat syurga. Setelah mendapat syurga, beliau akan menerangkan tentang keburukan syurga agar orang itu berpaling kepada Lokuttara. Kepercayaan orang mesti mengikut urutan, iaitu sedekah dan Sila merupakan pintu syurga. Sedangkan syurga itu ada keburukannya, iaitu membuatkan orang menjadi bodoh, sesat, dan terperangkap di dalam kitaran kehidupan (Vatta Samsara). Maka orang yang telah betul-betul memahami syurga sahaja barulah berminat dan bersedia memahami Ariya Sacca atau Lokuttara.
Buddha menggunakan kaedah ini kerana beliau bijak menggunakan peluang yang ada tanpa perlu membuang masa membuktikan kesahihan syurga dan neraka. Lagipun perbuatan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat. Perkara utama ialah mengajar orang memahami kesengsaraan yang dialami sekarang, dan punca-punca kepada kesengsaraan tersebut, iaitu Ariya Sacca (Empat Kebenaran Suci).
Oleh itu, Buddha menggunakan pendekatan pintas untuk membasuh minda masyarakat tentang neraka dan syurga dengan mengajarkan konsep dana dan Sila. Selepas itu, Buddha mengajarkan syurga dan keburukan-keburukannya yang menyebabkan orang melekat kepada nafsu keseronokan (kamma-guna), kemudian menerangkan cara-cara untuk keluar daripada syurga yang dipanggil Nekkhamma. Apabila telah keluar daripada kamma-guna, maka orang itu boleh dikatakan mempunyai minda yang bersih daripada keladak yang terkumpul sejak sekian lama dan bersedia untuk mempelajari Ariya Sacca 4 (Empat Kebenaran Suci) iaitu Dukkha, Samudaya, Nirodha, Magga. Ariya Sacca 4 ini merupakan ajaran yang menjadi fokus utama Buddha.
Manakala perkara tentang neraka, syurga dan sebagainya bukan inti ajaran Buddha. Masyarakat India telah lama mempercayai neraka dan syurga, iaitu sebelum kelahiran Buddha lagi. Sekiranya kita mengatakan konsep neraka dan syurga ini adalah sebahagian daripada ajaran Buddha tentulah tidak adil kerana Buddha tidak pernah mengajarkan perkara ini. Ajaran Buddha hanya tentang Lokuttara yang berasaskan Ariya Sacca. Oleh itu, perkara syurga atau neraka bukan perkara pokok dalam agama Buddha.
Sekiranya kita menumpukan perhatian kepada perkara penting di dalam agama Buddha, persoalan syurga dan neraka akan selesai. Kalau kita percaya bahawa syurga dan neraka betul-betul ada sebagaimana yang dipercayai orang lain, kita sebenarnya sedang diperbodohkan. Walaupun minda kita dipaksa (dipengaruhi) oleh kuasa mukjizat orang lain sehingga kita mampu melihat syurga atau neraka, kita tetap diperbodohkan. Itu satu penipuan. Penganut Buddha tidak akan menggunakan kuasa mukjizat ke atas orang lain untuk melihat kepalsuan.
Konsep Neraka - Syurga dalam Buddhism.
Buddha mengatakan bahawa beliau telah nampak neraka dan syurga pada deria.
Dahulu orang percaya, dan berkata bahawa neraka berada di bawah tanah. Lukisan-lukisan yang dilukis pada dinding ialah gambaran neraka fizikal atau neraka tubuh badan; tubuh menanggung penyeksaan di neraka di bawah tanah. Manakala Syurga berada di atas langit; ada mahligai, ada penghuni syurga, ada bidadari sedia menghibur. Tetapi gambaran itu merupakan syurga fizikal, atau syurga tubuh badan.
Neraka dan syurga jenis “tempat” ini telah lama diperkatakan orang, beribu-ribu tahun dahulu. Diajarkan sebelum agama Buddha lagi. Anda mesti fahami betul-betul. Neraka ini merupakan gambaran fizikal; kesakitan yang dialami fizikal kita adalah neraka yang berada di bawah tanah. Manakala keseronokan yang dinikmati fizikal kita adalah syurga yang berada di atas langit.
(Neraka di bawah tanah dan syurga di atas langit adalah kiasan kepada kesakitan dan keseronokan tubuh badan di dunia ini).
Buddha mengatakan neraka pada deria saya telah nampak; iaitu mata, telinga, hidung, lidah, tubuh dan hati - ketika melakukan kesalahan melalui mata, telinga, hidung, lidah, tubuh dan hati - itulah neraka mental. Neraka mental merupakan satu perasaan yang panas akibat kesalahan yang dilakukan. Neraka ini ada pada mata, telinga, hidung, lidah, tubuh dan hati (Ayatana 6).
Syurga pun begitu. Apabila melakukan perkara yang baik melalui mata, telinga, hidung, lidah, tubuh dan hati - itulah syurga mental kerana kita akan berasa bahagia.
Sekiranya kita ambil fizikal/tubuh sebagai asas, neraka berada di bawah tanah dan syurga berada di atas langit. Tetapi sekiranya kita ambil mental/hati sebagai asas, neraka dan syurga ada pada mata, telinga, hidung, lidah, tubuh dan hati; perasaan yang lahir itulah neraka atau syurga yang sebenar.
Lukisan-lukisan yang menunjukkan manusia digergaji, diseksa, dibakar dan sebagainya cuma kiasan, tetapi kita mempercayainya sebagai benar.
Penjelasan ini berdasarkan Kitab Tipitaka. Panas pada Ayatana 6 ialah neraka, nyaman pada Ayatana 6 ialah syurga - inilah kebenarannya, tetapi ramai orang mengatakan ini ialah kiasan. Siapa yang bodoh, siapa yang cerdik? Anda berfikirlah sendiri. Saya berani menegaskan bahawa inilah perkara yang benar dalam ajaran Buddha: Neraka yang ada pada Ayatana 6 ialah neraka sebenar dan syurga yang ada pada Ayatana 6 ialah syurga sebenar.
Anda harus ingat satu perkara. Sekiranya ada sesuatu perkara tidak selaras dengan kepercayaan (agama) kita, Buddha mengajar supaya kita tidak membantah dan tidak menerima. Walaupun kita tidak bersetuju, kita jangan membantah, atau menyakiti hati sesiapa. Siapa mempunyai kepercayaan yang bagaimana, kita tak usah membangkang. Mereka ada kepercayaan mereka, dan kita ada kepercayaan kita. Mereka benar ikut cara mereka, biarpun kita tidak dapat menerimanya tetapi kita tidak membantah. Kita ada kepercayaan kita dan kita akan bercakap ikut cara kita. Cara ini dapat mengelakkan perselisihan faham atau pertengkaran.
Oleh sebab itulah banyak perkara yang menjadi kepercayaan sejak sekian lama tidak dibantah oleh Buddha termasuk hal neraka dan syurga. Buddha hanya berkata, saya sudah nampak syurga pada Ayatana 6, saya sudah nampak neraka pada Ayatana 6.
Konsep syurga dan neraka seperti yang dilafazkan orang ramai diajarkan di Thailand sebelum kemasukan agama Buddha. Masyarakat ketika itu percaya kepada neraka di bawah tanah dan syurga di atas langit. Malah apabila agama Buddha masuk ke Thailand, konsep neraka dan syurga seperti yang diajarkan oleh Buddha juga tidak diajarkan kepada masyarakat. Sekarang apabila diajarkan neraka dan syurga ikut konsep Buddha, masyarakat menganggapnya sebagai kiasan biarpun ia perkara yang betul.

Thursday, July 3, 2008
Konsep Pemberian (Dana)
Oleh : Bhikkhu Ledi Sayadaw (almarhum)
Kategori Mengikut Pasangan Dua
1.AMISA DANA dan DHAMMA DANA
Amisa Dana : Pemberian dalam bentuk material/kebendaan (termasuk wang)
Dhamma Dana: Pemberian berupa pengetahuan Dhamma, misalnya: mengajar, memberikan khutbah, menulis, menerbitkan dan memberi buku-buku Dhamma.
Daripada kedua-duanya, Dhamma Dana memberikan hasil (vipaka) yang lebih tinggi dan berguna. Kerana “SABBA DANAM DHAMMA DANAM JINATI”, ertinya: daripada semua pemberian, pemberian Dhamma yang paling mulia. Amisa Dana menghasilkan kemakmuran berbentuk material. Dhamma Dana menghasilkan kebijaksanaan dan pengetahuan.
2. SAKKACA DANA dan ASAKKACCA DANA
Sakkacca Dana: Pemberian dengan hati-hati, sopan dan penuh hormat.
Asakkacca Dana : Pemberian tanpa sifat-sifat tersebut di atas. Misalnya memberikan makanan kepada haiwan, tanpa mempedulikan kebersihan dan sebagainya.
Jika Asakkacca Dana memberikan hasil, maka seseorang akan menerima sikap yang kurang hormat atau kasar daripada teman-teman, anak-anak atau pelayan-pelayannya.
3. PUJA DANA dan ANUGGAHA DANA
Puja Dana : Pemberian kepada orang-orang yang mengamalkan sila dan orang-orang mulia. Atau orang yang mempunyai kedudukan lebih tinggi sebagai tanda hormat.
Anuggaha Dana : Pemberian kepada orang yang kedudukannya lebih rendah daripada kita (pemberi).
Puja Dana membuahkan hasil yang lebih banyak dan tinggi. Anuggaha Dana pun jika dilakukan dengan betul, dapat juga membawa hasil yang besar. Misalnya, seorang Bodhisattva, Raja Vessantara memberikan seorang anaknya kepada seorang Brahmana bertaraf rendah yang bernama Jujaka, tetapi kerana niat hati baginda begitu suci, maka hasil yang diterimanya sangat besar.
4. SAHATTHIKA DANA dan ANATTHIKA
DANASahatthika Dana : Pemberian dengan tangan sendiri atau melalui diri sendiri.
Anatthika Dana : Pemberian dengan menggunakan perantara, misalnya melalui seorang pelayan.
Apabila Anatthika Dana memberikan hasil, mungkin hasil itu tidak disertai pengikut atau teman. Raja Rajanna dilahirkan di Syurga Catumaharajika dan mempunyai istana yang besar (atas dana yang dilakukan selama hidupnya sebagia manusia. Tetapi kerana dana yang diberikan dilakukan melalui pelayannya, maka ia tinggal sendirian di dalam istana Dewa tersebut, tanpa adanya pelayan atau sahabat.
5. THAVARA DANA dan ATHAVARA DANA
Thavara Dana : Pemberian yang bersifat tahan lama, misalnya stupa, rumah peristirahatan, vihara, sekolah, jembatan, sumur, menara air, tanah dan sebagainya.
Athavara Dana : Pemberian yang sifatnya tidak tahan lama, misalnya, makanan, pakaian dan uang.
Thavara Dana membuahkan hasil yang lebih kuat. Athavara Dana dapat membuahkan hasil yang sama kuat dengan Thavara Dana, bila Athavara Dana dilakukan dengan teratur dan terus menerus (dalam jangka waktu tertentu).
6. SAPARIVARA DANA dan APARIVARA DANA
Saparivara Dana : Pemberian yang disertai dengan tambahan-tambahan lain yang lengkap.
Asaparivara Dana : Pemberian yang tidak disertai dengan tambahan-tambahan lain.
Pemberian nasi saja adalah Aparivara Dana, tetapi apabila disertai dengan lauk-pauk dan kuih-muih, dikira masuk ke dalam Saparivara Dana. Sama juga halnya dengan pemberian roti saja, adalah Aparivara Dana. Sedangkan apabila disertai dengan mentega atau kaya adalah Saparivara Dana.
Bila Aparivara membuahkan hasil, biasanya akan cenderung untuk tidak lengkap, misalnya seseorang menerima rumah, mungkin tak ada dindingnya.
7. NICCA DANA dan ANICCA DANA
Nicca Dana : Pemberian yang dilakukan secara teratur dan tetap.
Anicca Dana : Pemberian yang dilakukan kadang-kadang saja.
Dalam Anggutara Nikaya dikatakan bahawa jika seseorang melakukan Nicca Dana dan Thavara Dana adalah seperti seorang Sotapana. Dia tidak akan dilahirkan di alam Apaya/Abai (Alam menyedihkan / neraka).
8. SANKHARA DANA dan ASANKHARA DANA
Sankhara Dana : Pemberian Dana setelah mendapat dorongan atau anjuran daripada orang lain.
Asankhara Dana : Pemberian Dana yang dilakukan atas kehendak sendiri, tanpa dorongan daripada orang lain.
Sankhara Dana apabila memberikan hasil, akan menjadi seseorang lembab berfikir dan bodoh, dan hasilnya terbatas sekali. Asankhara Dana apabila memberikan hasil, akan menjadikan seseorang cerdas dan pandai, hasilnya tidak terbatas.
9. JANA DANA dan AJANA DANA
Jana Dana : Pemberian yang dilakukan dengan sepenuh pemahaman (faham akan akibat-akibatnya).
Ajana Dana : Pemberian yang dilakukan dengan tidak faham / tidak tahu apa akibatnya.
Ajana Dana menghasilkan Dvihetuka Patisandhi. Mereka yang dilahirkan dengan Dvihetuka Patisandhi tidak banyak yang dapat mereka capai dalam kehidupan spiritual, sebab mereka tidak mempunyai Amoha (kebijaksanaan). Jana Dana membawa ke arah Tihetuka Patisandhi. Mereka yang lahir dengan Tihetuka Patisandhi dapat mencapai tingkat Arahat dalam kehidupan sekarang ini.
10. VATTA NISSITA DANA dan VIVATTA NISSITA DANA
Vatta Nissita Dana : Pemberian yang dilakukan untuk mengharapkan keuntungan-keuntungan yang bersifat duniawi. Keuntungan Duniawi meliputi keinginan untuk dilahirkan di alam-alam dewa, dilahirkan sebagai anak orang kaya dan sebagainya.
Vivatta Nissita Dana :Pemberian dengan tujuan untuk membebaskan diri daripada Samsara (kesengsaraan) dengan tercapainya Nibbana / Kebebasan.
Perbezaan antara Vatta Nissita Dana dengan Vivatta Nissita Dana ini merupakan keistimewaan dalam ajaran agama Buddha. Vatta Nissita Dana tidak membentuk Paramita (parami); sedangkan Vivatta Nissita Dana dapat membentuk Paramita. Vatta Nissita Dana juga cenderung untuk memperpanjang Vatta Samsara (roda kitaran hidup dan mati).
11. DHAMMA DANA dan ADHAMMA DANA
Istilah Dhamma di sini lain dengan istilah Dhamma dalam nombor 1. Dhamma di sini bererti “sesuai dengan hukum alam (Dhamma)” atau “tidak melanggar hukum alam (Dhamma yang diajarkan oleh Buddha)”
Dhamma Dana : Pemberian berupa nasi, pakaian dan sebagainya.
Adhamma Dana : Pemberian berupa minuman keras, senjata, peluru dan sebagainya barang-barang yang berbahaya, yang mungkin menjadikan seseorang melanggar Sila. (Untuk melihat lima jenis Adhamma Dana lihat pada kategori Pasangan Lima)
12. DHAMMIKA DANA dan ADHAMMIKA DANA
Dhammika Dana : Pemberian yang betul diberikan kepada seseorang atau Yayasan yang ditujukan sejak dari mula.
Adhammika Dana : Pemberian yang sebetulnya akan diberikan kepada seseorang atau suatu Yayasan, tetapi orang itu mengubah fikirannya dan memberikannya kepada orang lain atau Yayasan lain.
13. VATTHU DANA dan ABHAYA DANA
Vatthu Dana : Pemberian material/kebendaan.
Abhaya Dana : Pemberian berupa suatu kebebasan (atau kemaafan) kepada makhluk daripada bahaya atau dari kematian, misalnya membebaskan haiwan-haiwan dari kurungan (yang telah ditangkap), larangan untuk berburu di hutan, melatih mematuhi Panca Sila dan sebagainya.
14. AJJHATIKA DANA dan BAHIRA DANA
Ajjhatika Dana : Pemberian berupa anggota badan, misalnya mata atau organ badan dan mengorbankan jiwa sendiri untuk kebaikan dan kebahagiaan orang lain.
Bahira Dana : Pemberian biasa, tidak berupa anggota tubuh sendiri.
Ada tiga macam Paramita/Parami (Kesempurnaan)
1. Paramita biasa.
2. Upa Paramita, iaitu pemberian anggota tubuh, tetapi tidak memberikan nyawa (hidup) seseorang.
3. Paramattha Paramita, iaitu pemberian nyawa (hidup) seseorang.
15. SAVAJJA DANA dan ANAVAJJA DANA
Savajja Dana : Pemberian yang disertai kekejaman atau pembunuhan makhluk hidup (binatang-binatang).
Anavajja Dana : Pemberian yang tidak disertai dengan kekejaman atau pembunuhan makhluk hidup (binatang-binatang).
Savajja Dana apabila memberikan hasil, cenderung disertai dengan adanya bahaya-bahaya, atau dapat pula hilangnya jiwa seseorang.
16. AGGA DANA dan UCCHITA DANA
Agga Dana : Pemberian sesuatu yang terbaik dan berkualiti.
Ucchita Dana : Pemberian berupa sesuatu yang bernilai rendah (barang sisa).
Jika si penerima Ucchita Dana menghargai dan menyukai pemberian itu, maka Dana yang diberikan itu tetap akan membawa hasil yang besar.
Yang paling penting adalah niat yang baik dan sikap mulia si pemberi, misalnya orang kaya memberi orang miskin: pemberian tersebut nampaknya nilainya rendah di mata orang kaya, tetapi dalam pandangan orang miskin, barang tersebut sangat dihargai. Demikian juga dengan pemberian kepada haiwan-haiwan.
17. HINA DANA dan PANITA DANA
Hina Dana : Pemberian yang bernilai rendah.
Panita Dana : Pemberian yang bernilai tinggi.(Penjelasan sama dengan penjelasan nombor 16)
Kategori Mengikut Pasangan Tiga
1. HINA DANA, MAJJHIMA DANA dan PANITA DANA.
1. Hina Dana : Pemberian yang dilakukan dengan harapan mendapat kemasyhuran.
2. Majjhima Dana : Pemberian yang dilakukan dengan tujuan untuk dapat dilahirkan sebagai manusia yang kaya.
3. Panita Dana : Pemberian yang dilakukan dengan harapan untuk mencapai kebebasan (Nibbana).
2. DASA DANA, SAHAYA DANA dan SAMI DANA.
1. Dasa Dana : Pemberian yang bernilai rendah, misalnya sesuatu yang biasa diberikan kepada seorang budak.
2. Sahaya Dana : Pemberian yang mempunyai tingkat yang sama dengan apa yang biasa digunakan seseorang yang sama kedudukannya, misalnya sesuatu yang diberikan kepada seorang teman.
3. Sami Dana : Pemberian yang bernilai tinggi, misalnya sesuatu yang bisa dipakai oleh para majikan atau raja-raja.
3. LOKA DANA, ATTA DANA dan DHAMMA DANA
1. Loka Dana : Pemberian yang dilakukan kerana mengikut tradisi setempat (takut dipandang rendah apabila tidak ikut berdana).
2. Atta Dana : Pemberian yang dilakukan untuk menjaga kewibawaan / pangkat seseorang.
3. Dhamma Dana : Pemberian yang dilakukan karena ingin mempratekkan ajaran agama.
Kategori Mengikut Pasangan Empat
1. CATTU PACCAYA DANA
Kategori ini meliputi empat macam keperluan seorang Bhikkhu :
1. Civara Dana : Pemberian jubah kepada bhikkhu.
2. Pindapatta Dana : Pemberian makanan kepada bhikkhu.
3. Bhesajja Dana : Pemberian ubat-ubatan kepada bhikkhu.
4. Senasana Dana : Pemberian tempat tinggal atau kuti kepada bhikkhu.
Senasana Dana memberikan hasil yang paling tinggi. VIHARA DANAM SANHASA AGGAM BUDDHENA VANNITAM. Ertinya: Sebuah tempat tinggal bhikkhu yang diberikan kepada Sangha dipuji oleh Buddha sebagai pemberian hadiah tertinggi.
SOCA SABBADODA HOTI, YO DADATI UPASSAYAM, yang bererti : seseorang yang mendirikan tempat tinggal bhikkhu sebagai hadiah kepada Sangha, sama nilainya dengan segala macam hadiah.
2. DAKKHINA VISUDDHI DANA
Kategori ini berdasarkan kepada:
1. Sifat pemberi yang berbudi luhur (mengamalkan Sila).
2. Sifat pemberi yang tidak berbudi luhur (tidak mengamalkan Sila)
3. Sifat penerima yang berbudi luhur (mengamalkan Sila).
4. Sifat penerima yang tidak berbudi luhur (tidak mengamalkan Sila)
Apabila kedua-kedua pihak (pemberi dan penerima) berbudi luhur, pemberian tadi akan memberikan hasil yang banyak; jika salah satu pihak tidak berbudi luhur, hasil yang diperolehi hanya sedikit.
Kategori Mengikut Pasangan Lima
ADHAMMA DANA (lihat nombor 11 dari Kategori Mengikut Pasangan Dua), ada lima macam Adhamma Dana, iaitu :
Pemberian makanan minuman yang memabukkan, dan senjata dengan pelurunya.
Pemberian boneka-boneka untuk pertunjukan, alat tari-tarian.
Pemberian berupa haiwan-haiwan untuk maksud seksual.
Pemberian berupa wanita-wanita untuk maksud seksual.
Pemberian gambar atau karya-karya yang dapat menimbulkan Kilesa (kekotoran batin).
Apabila seseorang memberikan racun, pisau atau senjata-senjata lain secara sedar kepada seseorang yang ingin bunuh diri (juga cara-cara bunuh dirinya ikut diterangkan), hal itu termasuk Panatipata Kamma, bukan Kusala Kamma. Hal ini juga berlaku bagi seseorang yang sedang berusaha untuk membunuh orang lain. Tetapi, seandainya racun diberikan untuk tujuan penyembuhan penyakit, maka hal itu adalah Kusala Kamma.
Jika senjata-senjata (pisau) tidak berbahaya, kemudian dapat digunakan di Vihara, maka hal itu adalah Kusala Kamma (perbuatan baik).
Pemberian berupa alat untuk menari, pertunjukan dan sebagainya yang dapat menyebabkan timbulnya Kilesa (kekotoran bathin) adalah Akusala Kamma. Tetapi apabila alat-alat seperti seruling, tambur, beduk dan sebagainya digunakan untuk menghasilkan suara-suara yang cocok dan sesuai untuk vihara, maka pemberian barang-barag tersebut tidak termasuk Akusala Kamma.
Apabila barang-barang atau ubat-ubatan yang memabukkan diberikan tidak dengan maksud untuk mabuk-mabukan, tetapi untuk dijadikan ubat (dengan ditelan atau untuk dipakai diluar) dengan tujuan utama untuk menyembuhkan penyakit, maka hal itu adalah Kusala Kamma.
Pemberian haiwan-haiwan dan manusia (wanita) untuk menjalankan Kusala Kamma, dan tidak untuk maksud seksual atau perbuatan tidak bermoral lainnya, dapat dikatakan sebagai Dhamma Dana.
Di Dalam Velamaka Sutta, susunan hasil yang diperolehi daripada Dana mengikut tahap-tahap kemuliaannya adalah seperti berikut :
1. Memberikan makanan kepada seseorang Ariya Puggala yang telah mencapai kesucian tingkat Sotapanna (tingkat pertama), akan membuahkan hasil yang lebih banyak daripada memberikan Dana ke-4 penjuru, yang dilakukan oleh Brahmana Velamaka selama 7 tahun, 7 bulan dan 7 hari.
2. Memberikan makanan sekali kepada seorang Sakadagami (Kesucian kedua) akan lebih banyak memberikan hasil daripada 100 orang Sotapana.
3. Memberikan makanan kepada seorang Anagami akan memberikan hasil lebih banyak daripada 100 orang Sakadagami.
4. Memberikan makanan kepada seorang Arahat (Kesucian terakhir) akan memberikan hasil yang lebih banyak daripada 100 orang Anagami (Kesucian ketiga)
5. Memberikan makanan kepada seorang Pacceka Buddha (Buddha “Diam”) akan memberikan hasil yang lebih banyak daripada 100 orang Arahat.
6. Memberikan makanan kepada seorang Samma-Sambuddha (Buddha "Sempurna") akan memberikan hasil yang jauh lebih banyak daripada 100 orang Pacceka Buddha.
7. Pemberian kepada Sangha (Persaudaraan Bhikkhu), akan memberikan hasil jauh lebih banyak daripada Samma-Sambuddha.
8. Pemberian sebuah Catudisa Sanghika Vihara memberikan hasil yang jauh lebih banyak. Ini adalah pemberian berupa Dana material/kebendaan yang tertinggi.
9. Perkara yang lebih memberikan hasil yang besar adalah Berlindung kepada Sang Tiratana.
10. Perkara yang lebih memberikan hasil yang besar adalah mematuhi dan melaksanakan Panca Sila Buddhis.
11. Perkara yang lebih memberikan hasil yang besar adalah melatih Samatha Bhavana untuk beberapa saat.
12. Perkara yang memberikan hasil yang paling besar adalah melatih Vipassana Bhavana(Meditasi Melahirkan Kebijaksanaan).
Seseorang dapat mencapai Nibbana dengan salah satu daripada lima cara berikut ini :
1. Sebagai seorang Savaka Buddha (pengikut Buddha) yang biasa atau Ariya Puggala.
2. Sebagai seorang Mahasavaka atau pengikut Buddha yang disertai suatu kemampuan istimewa. Di zaman Buddha ada 80 Mahasavaka.
3. Sebagai seorang Aggasavaka atau Pengikut Utama Buddha. Setiap Buddha selalu mempunyai
dua orang Aggasavaka, iaitu Pengikut Utama Sebelah Kiri dan Pengikut Utama Sebelah Kanan. (Contoh: Sariputra dan Moggalana)
4. Sebagai seorang Pacceka Buddha atau Buddha Diam (tidak mempunyai kemampuan untuk mengajar atau membimbing orang lain mencapai Tingkat Kesucian).
5. Sebagai seorang Samma-Sambuddha atau seorang Buddha Yang Maha Sempurna. (mencapai Samma-Sambodhi dengan usaha sendiri, dan dapat mengajar dan membimbing orang lain mencapai Tingkat Kesucian.
Untuk mencapai tingkat Samma-Sambuddha, seseorang harus memenuhi syarat melakukan tiga jenis Paramita.
Untuk menjadi seorang Pacceka Buddha dan Aggasavaka, seseorang harus melakukan dua jenis Paramita.
Sedangkan untuk menjadi seorang Arahat biasa (Savaka Buddha atau Mahasavaka), diperlukan satu jenis Paramita saja.
Penjelasan singkat ini diharapkan dapat memberikan gambaran bagaimana cara melakukan pemberian yang baik. Sangat diharapkan agar penjelasan tersebut dapat membantu kita dalam menerapkan Kamma yang baik.
(dipetik dan diubahsuai daripada Kalyanadhammo.net)

Subscribe to:
Posts (Atom)