Terdapat sesetengah orang mengambil jalan tengah, tidak mempedulikan orang lain; tidak puji orang yang patut dipuji dan tidak kritik orang yang patut dikritik mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Apakah pendapat Buddha terhadap orang jenis ini?
Buddha: Oh, Potaliya! Empat jenis orang ini wujud di dunia.
(1) Pertama, orang yang mengkritik mereka yang patut dikritik secara ikhlas mengikut kesesuaian masa dan keadaan tetapi tidak memuji mereka yang patut dipuji secara ikhlas mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
(2) Kedua, orang yang memuji mereka yang patut dipuji secara ikhlas mengikut kesesuaian masa dan keadaan, tetapi tidak mengkritik mereka yang patut dikritik secara ikhlas mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
(3) Ketiga, orang yang tidak mengkritik mereka yang patut dikritik secara ikhlas mengikut kesesuaian masa dan keadaan dan tidak memuji mereka yang patut dipuji secara ikhlas mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
(4) Keempat, orang yang mengkritik mereka yang patut dikritik secara ikhlas mengikut kesesuaian masa dan keadaan dan memuji mereka yang patut dipuji secara ikhlas mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
Oh, Potaliya! Daripada keempat-empat jenis orang di atas, orang yang mengkritik mereka yang patut dikritik secara ikhlas mengikut kesesuaian masa dan keadaan dan memuji orang yang patut dipuji secara ikhlas mengikut kesesuaian masa dan keadaan merupakan orang yang lebih baik budi pekertinya. Kenapa? Kerana dia tahu masa dan keadaan untuk memuji atau mengkritik.
(Potaliya Sutta, Angguttara Nikaya)
Friday, August 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment