Friday, August 1, 2008

Penyakit Fizikal dan Penyakit Mental

Soalan: Bagaimana pandangan Buddha tentang penyakit fizikal (tubuh) dan penyakit mental (hati)?

(Jawapan) Buddha: Oh, Bhikkhu! Terdapat makhluk yang tidak menghidap penyakit fizikal (tubuh) sepanjang 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun atau 100 tahun. Perkara ini memang ada. Oh, bhikkhu! Makhluk yang tidak menghidap penyakit mental (hati) biarpun sesaat sukar dicari melainkan Arahant.

(Angguttara Nikaya)

Daripada Sutta di atas dapat kita simpulkan bahawa manusia atau hidupan yang tidak menghidap penyakit fizikal masih ada, tetapi yang tidak menghidap penyakit hati sukar dicari, melainkan Phra Arahant. Semua orang, kaya atau miskin, mulia atau hina mempunyai "masalah dalaman" masing-masing sama ada kecil atau besar. Orang yang bijak pandai sembunyikan kesakitannya. Orang kaya juga tidak suka berkongsi masalahnya dengan orang lain kerana malu. Pokoknya semua orang ada beban "kesengsaraan hati" yang dihidapinya, kecuali Phra Arahant.

0 comments: