Soalan: Mereka yang belum mengetahui kebenaran pasti mempunyai pandangan yang berbeza-beza sehingga berlakunya perbahasan dan pertelingkahan demi mempertahankan pandangan masing-masing. Siapakah yang tidak berbahas dan bertelingkah dengan orang lain?
Jawapan: Vedana 3 jenis iaitu sukha vedana (perasaan bahagia), dukkha vedana (perasaan sengsara) dan adukkha-m-asukha vedana (perasaan tak bahagia, tak sengsara).
Sewaktu seseorang mengalami sukha vedana, ketika itu dia tak mengalami dukkha vedana atau adukkha-m-asukha vedana; Dia hanya mengalami sukha vedana sahaja.
Sewaktu seseorang mengalami dukkha vedana, ketika itu dia tak mengalami sukha vedana atau adukkha-m-asukha vedana; Dia hanya mengalami dukkha vedana sahaja.
Sewaktu seseorang mengalami adukkha-m-asukha vedana, ketika itu dia tak mengalami sukha vedana atau dukkha vedana; Dia hanya mengalami adukkha-m-asukha vedana sahaja.
Sukha vedana ... dukkha vedana ... adukkha-m-asukha vedana tidak kekal kerana ia terhasil daripada gabungan elemen-elemen (fikiran) tertentu yang tidak abadi. Oleh itu, ia akan berubah, pudar, padam dan hilang; itulah hukum kelaziman semua benda yang terhasil daripada gabungan elemen-elemen.
Ariya Savaka yang melihat kebenaran ini, tentu akan berasa bosan terhadap sukha vedana, dukkha vedana dan adukkha-m-asukha vedana. Setelah berasa bosan, dia dengan sendiri akan melepaskan keinginan terhadap vedana; dia akan bebas dan sedar dengan kebijakan yang tinggi bahawa kehidupannya kini telah berakhir (tiada kelahiran baru bagi dirinya), pengamalan mulianya sudah tamat(brahma-cariya), tugas penting telah selesai dan tiada tugas lain yang lebih penting daripada tugas ini (membebaskan minda daripada vedana) yang harus dilaksanakan.
Bhikkhu atau orang biasa yang mendapat kebebasan minda seperti di atas, tidak akan berbahas atau bertelingkah atau berbalah dengan sesiapa. Dalam percakapan harian, dia hanya bercakap mengikut kelaziman percakapan dunia semata-mata. Dia tidak akan terpengaruh atau dipengaruhi dengan percakapan tersebut.
Kesimpulannya, mereka yang telah mencapai kebebasan minda sahaja yang tidak akan berbahas atau bertelingkah pendapat dengan orang lain kerana dia telah mengetahui hakikat kehidupan dengan kebijakan yang tinggi. Segala benda di dunia tidak kekal abadi, termasuklah kebahagiaan dan kesengsaraan. Hari ini kita kebahagiaan, esok lusa mungkin kita kesengsaraan. Akibat melekat kepada vedana, kehidupan manusia menjadi tidak menentu. Oleh itu, bebaskan minda daripada segala vedana adalah kebebasan yang sejati.
Wednesday, July 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment