Soalan: Sekiranya kita dicemuhi atau dimarahi, bagaimana cara kita menghadapinya?
Percakapan (perkataan) yang orang lain akan perkatakan kepada kita, ada 5 jenis:
(1) Percakapan yang sesuai atau tidak sesuai dengan masa dan keadaan,
(2) Percakapan yang benar atau yang bohong,
(3) Percakapan yang halus atau yang kasar,
(4) Percakapan berfaedah atau tidak berfaedah,
(5) Percakapan yang disertai belas kasihan (kasih sayang) atau disertai kemarahan (kebencian).
Tidak mengira orang lain menggunakan percakapan jenis mana sekalipun, hati kita tidak boleh terpengaruh dengan percakapan tersebut. Kita mesti bersabar. Kita tidak boleh membalas dengan kata-kata yang kasar. Kita mesti ada belas kasihan, ada kasih sayang tanpa batasan, tiada kemarahan dan tiada dendam. Inilah pendekatan Buddha.
Kesimpulannya, penganut agama Buddha tidak boleh bertindak balas terhadap percakapan orang lain (walaupun kita dimarahi) dengan perasaan marah, benci atau dendam. Kita mesti menyemaikan kasih sayang tanpa sempadan setiap masa.
Wednesday, July 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment