"Memahami Dhamma memerlukan tahap ketenangan minda yang tinggi. Minda yang bercelaru menghasilkan pemahaman yang bercelaru. Memahami Dhamma bukan sekadar memahami makna tulisan (bahasa manusia), tetapi mesti memahami makna tersirat (bahasa dhamma) yang di dalamnya tersembunyi kebenaran hakiki"
Samma Sambuddha
Wat Suthat, Bangkok.
Somdej Sangharaja
Ketua Sangha Thailand
Buddhadasa Bhikkhu
Reformis Dhamma terulung
Wat Phra Kaew, Bangkok.
Ajahn Cha
Reformis Vipassana Dhura, Wat Nong Pha Pho
Dhammapitaka (P.A Payutto)
Pakar Dhamma, mendapat jolokan "Kitab Tipitaka" bergerak.
Phra Phayom
Reformis muda suara lantang
Wat Arun, Bangkok
Fajar Harapan
Sinar Kebangkitan Bijaksana Sakya Putra
Wat Mahathat, Ayutthaya.
Sabbe Sankhara Anicca
Kelahiran Tathagata Ke Dunia
"Mereka apabila hendak memanggil dengan betul, panggillah kita, Tathagata, insan mulia yang tidak sesat, lahir ke dunia untuk menyelamatkan umat manusia, untuk kebahagiaan, kebajikan dan ketenteraman dunia!"
"Oh, Bikkhu semua, kita arif dalam dunia ini, arif dalam dunia lain, arif dalam vatta-samsara yang didiami syaitan (kesengsaraan), arif dalam vatta-samsara yang tidak didiami syaitan, arif dalam vatta-samsara yang ada kematian, arif dalam vatta-samsara tanpa kematian. Sesiapa yang mempercayai kita, dia pasti akan mengecapi kebahagiaan selama-lamanya!"
"Ajaran Buddha adalah rakit untuk menyeberangi sungai, bukan untuk dipuja atau dipertengkarkan. Musuh utama ajaran Buddha ialah sifat fanatik. Fanatik kepada mazhab, kumpulan, individu atau ajaran tertentu akan melambatkan usaha menyeberangi sungai. Ajaran Buddha biarpun kelihatan berbeza antara satu sama lain, tetapi kesemuanya untuk mencapai pembebasan. Air daripada keempat-empat lautan mempunyai satu cita rasa iaitu pembebasan!"
Saya berasa bangga kerana dapat mengenali Buddha, Dhamma dan Sangha yang tulen. Penghormatan saya persembahkan kepada Buddhadasa Bhikkhu yang telah membuka minda saya lewat karya-karya beliau yang unggul; reformasi rasional ke arah celik Dhamma.
Tiada apa yang dapat saya sumbangkan kepada saudara seagama selain secebis pengetahuan yang ada pada saya. Dan saya berharap agar saudara semua dapat memanfaatkan pengetahuan yang sedikit ini.
Jangan segan memberikan teguran membina kerana kesilapan diri tidak mungkin dapat diperbetulkan tanpa teguran orang lain.
0 comments:
Post a Comment